Siapa Tak Kenal Jacky Chan ? Inilah 7 Rahsia Besar Jackie Chan Yang Ramai Tidak Tahu. No. 7 Memang WOW !!!

Bercakap mengenai Jackie Chan, beliau adalah antara pelakon yang cukup berbakat! Berikan apa sahaja watak padanya, lucu, serius segalanya boleh dilakonkan oleh pelakon antarabangsa ini.

Mengimbas kembali kejayaannya, Jackie Chan yang boleh bertutur dalam 7 bahasa ini, menerusi wawancaranya dalam media antarabangsa telah mendedahkan beberapa perkara mengenai dirinya yang cukup mengejutkan. Ikuti 7 pendedahan ini!

1. Bapa Sorang Perisik Dan Ibu Pengedar Filem

Jackie Chan Family

Bagaikan dalam filem! Namun itulah hakikat sebenarnya apabila Chan memberitahu bapanya dahulu merupakan seorang perisik manakala ibunya adalah pengedar dadah. Vice Versa bukan? Tambah Chan, sejak beliau berusia 6 tahun, dirinya telah diabaikan dan dihantar ke sekolah berasrama dan belajar seni mempetahankan diri, nyanyian lakonan serta akrobatik.

2. Seorang Yang Energetik!

Melihatkan kelincahannya kini, tidak mustahil bahawa suatu ketika dahulu beliau seorang yang cukup energetik sehingga digelar sebagai ‘Pow-Pow’

3. Sering Kali Menjadi Mangsa Buli

Jackie Chan yang sekarang cukup hebat bukan? Namun, percaya atau tidak ketika masih kecil beliau sering kali dibuli sehinggalah suatu hari beliau melindungi seseorang daripada dibuli dan belajar mempertahankan diri sendiri.

4. Bekerja sebagai ‘Stuntman’ Bruce Lee

Sebelum bergelar pelakon, Chan terlebih dahulu bekerja sebagai ‘stuntman’ Bruce Lee dan gemar melakukan aksi ngeri dan luar biasa. Setelah kematian Bruce Lee, Chan turut membintangi beberapa drama namun beliau dan pelakon – pelakon lain gagal meniru aksi Bruce Lee dan terus membawa diri ke Australia bekerja sebagai pekerja binaan.

5. Bintang Asia Paling Mahal Menerima Bayaran

Tidak mudah mengalah, Chan tekad menceburi beberapa drama dan filem serta turut memperkenalkan elemen jenaka dan mempertahankan diri. Gabungan tersebut ternyata menjadi dan Chan menerima bayaran paling mahal pernah diterima mana – mana pelakon di Asia.

6. Lebih Dari 100 Filem Terhasil

Siapa sangka penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kini sejak 50 tahun yang lalu, Chan telah membintangi lebih dari 100 filem dan drama. Goosebumps!

7. Pernah Patah Tulang Keseluruhan Badan

Tidak serik! Chan mengaku pernah patah di hampir setiap anggota badan sekurang – kurangnya sekali dan memegang rekod dunia sebagai ‘Most Stunt By A Living Actor’

 

Sumber : Goalcast 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*