Impian Menjadi Guru. Permohonan Akan Dibuka Mulai 13 Mac 2018 Hingga 28 Mac 2018. Yang Layak Jangan Lepaskan Peluang Untuk Memohon.

Hari ini iklan untuk menjadi guru telah keluar di akhbar-akhbar utama tempatan.  Keputusan SPM akan diumumkan tidak lama lagi (Dijangka pada khamis depan).  Maka kita perlu ambil tahu tentang peluang pelajaran yang akan datang untuk kita, ahli keluarga kita atau sesiapa sahaja.  Justeru, pada tahun ini permohonan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dibuka mulai 13 Mac 2018 dan akan berakhir pada 28 Mac 2018.   Jadi jangan lepaskan peluang menjadi guru bagi yang berkelayakan ya !

Cara Memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Maklumat lanjut boleh didapati dari web http://www.moe.gov.my atau  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Silakan share untuk manfaat semua !

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*