Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan

Amalan dan Doa menunggu Hari Keputusan Peperiksaan diumumkan.
Panduan Menuntut Ilmu.

Setelah selesai menghadapi peperiksaan/ujian maka tiba masanya untuk kita bertawakal kepada Allah atas segala usaha yang telah kita lakukan sebelum ini.

Sebagai manusia kita mampu berusaha dan Tuhan jua yang menentukan segalanya.

Sementara menunggu Tarikh Kuputusan Peperiksaan dikeluarkan, antara Amalan dan Doa yang perlu diamalkan ketika menunggu tarikh keputusan peperiksaan/ujian ialah :

Amalan dan Doa Kejayaan dalam Peperiksaan

Selain Ibadah wajib dan solat 5 waktu. Sentiasalah melakukan Solat Sunat kerana ia mampu mententeramkan jiwa dan kita.  Antara solat sunat yang boleh diamalkan setiap malam sehingga keluarnya keputusan ialah

  • Solat Sunat Istikharah – Memohon hidayah.
  • Solat Sunat Hajat – Memohon kejayaan.
  • Solat Sunat Taubat – Memohon kemaafan di atas setipa khilaf yang telah dilakukan.

Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran

Seterusnya, setelah selesai berdoa, perbanyakan membaca Al Quran. Sesungguhnya terlalu banyak rahsia tersembunyi disebalik ayat-ayat suci Al Quran. Sebagai Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan, bacalah ayat-ayat berikut:

  • Surah Al-Waqiah – memohon si murahkan rezeki.
  • Surah Yassin – memohon untuk kuat ingatan.
  • Surah Luqman – memohon kebijaksanaan dan berkat Luqmanul hakim.
  • Surah Ar-Rahman – memohon kasih sayang daripada pemeriksa terhadap calon (boleh juga dibaca malam sebelum peperiksaan ataupun selepas solat subuh)

Restu dan Doa Ibu Bapa dan Guru

Sepanjang tempoh menunggu Tarikh Keputusan Exam, banyakan beribadah. Ia dapat mengurangkan debaran menunggu keputusan peperiksaan Berpuasa sunat jika tidak mengganggu urusan seharian. Mohonlah Restu dan Doa dari ibu bapa dan guru. Sesungguhnya doa ibu bapa dan guru itu pasti dimakbulkan Tuhan. In sha Allah.

Berfikiran Positif

Sentiasa berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Usah sesekali membayangkan sesuatu yang negatif. Percayalah pada ketentuan Allah. Dalam proses menuntut ilmu, selagi kita ingin belajar, tiada erti kegagalan.

Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan

Semoga Amalan dan Doa menunggu Keputusan Peperiksaan ini dapat kita amalkan. In Sya Allah. Semoga semua calon-calon peperiksaan dapat menerima keputusan dengan rasa syukur dan hati yang terbuka. Kami sentiasa mendoakan semua calon Peperiksaan Awam Malaysia tenang dan bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang diterima.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*