Akhirnya Datuk Yusuf Haslam Bersuara Dan Teguran Ini Memang Hanya Untuk Ziana Zain Seperti Abang Ke Adik

Mana-mana perkahwinan pun, akan ada gelombang dan pergolakan. Nasihat saya, bincang dan cari jalan penyelesaian sebaik-baiknya,” begitu ulasan penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ketika diminta mengulas kes rumah tangga melibatkan penyanyi, Ziana Zain.

Menurut Yusof, sebagai manusia biasa, dia sebolehnya enggan mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Bagaimanapun nasihat yang diberi hanya nasihat antara seorang abang kepada adik, sementelah lagi sudah mengenali baik Ziana sejak penyanyi dan pelakon tersebut belum berkahwin lagi.

NASIHAT PADU DATUK YUSUF HASLAM KEPADA ZIANA ZAIN

“Saya kira nasihat ini dari seorang abang kepada adik, malah kalau anak saya menghadapi masalah rumah tangga pun, ini nasihat serupa yang akan saya beri.

“Sepanjang saya mengenali Ziana, saya lihat dia sebagai pasangan yang bahagia. Tak ada cerita kurang enak mengenai rumah tangganya diperkatakan.

“Kita kalau berkahwin, seboleh-bolehnya mahu perkahwinan itu kekal hingga ke Jannah. Tapi saya juga percaya, dia lebih tahu apa yang dilaluinya.

“Saya doakan yang terbaik buat Ziana, semoga dia kuat dan tabah berdepan dengan ujian ini. Saya juga berharap kenyataan saya ini tidak akan melukakan sesiapa,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sumber SINAR HARIAN

Artikel Seterusnya ..

“Jangan menilai jalan saya jika anda tidak pernah melalui perjalanan itu,”

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ziana Zain, 49, yang meminta diberikan ruang selepas suaminya didakwa atas kesalahan menyebabkan luka dan lebam dengan sengaja ke atas anak mereka, semalam, membuat luahan hati di Instagram.

Perkongsian berbentuk tulisan berlatarkan pemandangan di laluan kereta api itu dimuatnaik beliau menerusi akaun @iamzianazain yang seakan-akan ditujukan kepada segelintir netizen.

“Jangan menilai jalan saya jika anda tidak pernah melalui perjalanan itu,” katanya dalam entri yang dikongsi kepada lebih 828,000 pengikutnya, beberapa jam lalu.

Perkongsian itu seperti peringatan kepada sesetengah pihak yang menempelak tindakannya yang sanggup membuat laporan polis terhadap suami sendiri.

Suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, ditahan pada 2 Mac selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Semalam, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam di atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, kira-kira jam 4 pagi, pada 25 Februari lalu di sebuah rumah di Denai Alam.

SUAMI Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya 25 Februari lalu. – Foto: Mohd Asri Saifuddin Mamat

Bagaimanapun, bekas ketua pramugara yang kini tidak lagi bekerja mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Jika sabit kesalahan, bapa kepada empat cahaya mata itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mahkamah menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes.

Pemilik nama sebenar, Siti Roziana Zain, itu berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Aiman, 19, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sementara itu, status dikongsi Ziana meraih lebih 17,000 ‘like’ manakala hampir 800 komen yang diterima memberikan kata-kata semangat buat penyanyi Putus Terpaksa itu.

Malah, rakan artis seperti pelakon, Rozita Che Wan dan Sheila Rusly turut menitipkan pesan supaya terus kuat dan jangan peduli dengan kecaman netizen.

Sumber : abadkini