Ini ‘Resepi Apom Lenggang’. Kalau dapat cicah dengan sardin, memang terangkat !

Susah nak mencari resepi yang betul – betul memikat selera . Tapi kali ini kami berikan anda resepi apom lenggang yang pastinya menjadi pilihan anda bila mahu makan bersama dengan sardin atau dicicah dengan kari ayam. Sedapnya lahai.

Bahan – bahan membuat apom lenggang sangat lah mudah didapati dan tak perlukan masa yang lama.

Bahan Resepi Apom Lenggeng :

  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 7-8 sudu makan gula
  • 1 cwn air
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 biji telur ayam

Betul x senang ja sukatan apom lenggang ni kan . Buat malam , pagi esok sebelum anak-anak ke sekolah dah boleh melenggang dah apom ni kan. Jom kita tengok cara penyediaan apom lenggang ni .

#Pertama, masukkan semua bahan yang dinyatakan di atas kecuali santan di dalam satu bekas . Simpan acuan apom lenggang dalam peti sejuk selepas dikacau rata selama 2- 3 jam untuk bagi dia naik lembut tak terasa tepung nya bila masak apom ni nanti.

#Kedua,  bila dah nak guna , masukkan santan dan kacau rata . Gunakan non stick pan untuk dapatkan hasil yang cantik dan tak perlu digris dengan minyak.

#Ketiga, panaskan api dengan api kecil , ambil satu senduk adunan apom lenggang dan lenggankan pada non stick pan tadi seperti kuih ketayap . Ala bermula dari tengah dan lenggangkan secara membulat bagi besarkan saiz .

#Keempat, bila dah nampak kekuningan , dah masak la apom lenggang anda tu , bolehlah digulung atau dilipat sepeti tosai kedai mamak tu . Ikut citarasa anda.

So dah siap apom lenggang anda , apalagi , boleh la cicah dengan sardin atau kari ayam atau dengan susu pekat pom dah cukup ummphh kan.

Selamat mencuba daripada kami .

Sumber : daridapur

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*