Sering kelesuan walaupun tidur cukup dan lepas bersenam? Mari buat ‘energy booster’ dengan dua bahan ini sahaja!

Bukan mudah untuk terus kekal cergas sepanjang hari. Kadangkala badan kita masih sahaja keletihan dan kelesuan walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat. Kenapa perkara ini boleh berlaku sedangkan kita sudah melakukan senaman dan tidur dengan cukup? Hal ini mungkin kerana tubuh kita masih kurang vitamin untuk terus memberikan tenaga.

Seorang pengguna Facebook Suhaili Baharudin telah berkongsi resipi untuk membuat ‘energy booster’ dengan cara yang mudah, selamat dengan hanya menggunakan kos yang rendah. Dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti limau kasturi anda kini boleh mendapatkan vitamin C yang diperlukan tubuh.


Mingguan Wanita

Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!

BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:

1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.


Masak Apa Hari Ni – MAHN RASMI

2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.

3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.

4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.

5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.

6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.

Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tubuh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.

Sumber: Facebook | Suhaili Baharudin

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru

Resepi Air Kurma Juga Bagus Untuk Energy Boost

Ini pula cara membuat air minuman berasaskan kurma di rumah. Anda boleh guna kurma yang sedia ada dan jadikannya minuman bersama keluarga.

Biasanya kebanyakan dari kita hanya makan kurma saja, terutama di bulan Ramadan ini. Ada juga yang membuat chutney dari kurma dan air minuman. Kurma banyak khasiatnya. Antaranya ia boleh jadi sumber tenaga segera, boleh membantu mengurangkan gangguan di perut, dan jantung.

Bahan-Bahan

4-8 biji kurma
1 cawan air
Pemanis
Buah pelaga

Cara Penyediaan

1. Bersihkan kurma dari habuk debu menggunakan berus.
2. Keluarkan biji kurma dan isinya disimpan di dalam bekas kedap udara.
3. Kemudian ambil mahu buat air, isi tersebut dibilas dengan air bersih. Toskan.
4. Didihkan 1 cawan air, tutup api dan masukkan isi kurma.
5. Biarkan ia selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
6. Setelah itu, masukkan (5) ke dalam pengisar dan kisar.
7. Asingkan pulpa dengan penapis atau jika anda suka, kekalkan ia.
8. Selepas itu boleh tambah pemanis secukup rasa dan beberapa biji buah pelaga.
9. Siap untuk dihidang.

Selain itu, anda boleh menggunakan kurma sebagai inti di dalam air buah-buahan kegemaran anda dan titiskan beberapa air lemon ke dalamnya. Ia juga sedap dihidang sejuk.

Kalau nak minum segera tapi tak sempat nak rendam semalaman, tidak mengapa. Anda hanya perlu basuh kurma, buang bijinya dan rendam di dalam air panas. Apabila nampak isi kurma makin mengembang dan lembut, anda boleh teruskan langkah

Sumber : pamapedia

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*