Jaga-jaga makan papadom. Makan berlebihan boleh akibatkan seraangaan jantung & daraah tinggi

GEORGETOWN – Kajian yang dijalankan ke atas papadom mendapati produk kerepek rangup itu boleh mengakibatkan pelbagai penyakit berbahaya seperti serangan jantung dan tekanan darah tinggi kerana kandungan garam yang berlebihan.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, sebanyak 11 sampel papadom telah melalui ujian makmal dan kesemua didapati mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.”

Tambah beliau lagi, “Sekeping papadom mengandungi 260mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg.”

Kredit: Economic Times

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia adalah 7.15 gram sehari. Jumlah itu dikatakan melebihi paras yang ditetapkan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Cara menghasilkan papadom juga amat membimbangkan kerana biasanya ia dihampar dan dijemur di tempat terbuka serta terdedah kepada bahan cemar udara selain jenis mikroorganisma yang akan menambah pencemarannya ketika dijemur bagi dikeringkan.”

Kredit: Siakap Keli

Oleh demikian, CAP menasihatkan orang ramai agar mengawal pengambilan papadom dalam setiap hidangan. CAP turut menggesa pihak Kementerian Kesihatan untuk menetapkan kadar kandungan garam yang bersesuaian dalam papadom bagi mengelakkan ianya mendatangkan bahaya kepada kesihatan.


PENGGUNA menyarankan supaya pembuat dan pengeluar kerepek rangup atau papadom mencari alternatif lain bagi menggantikan garam sebagai bahan dalam pembuatannya.

Ia berikutan pengambilan makanan itu bukan menjadi penyebab utama kepada masalah kesihatan, tetapi memberi kesan jika dimakan berlebihan atau mengambilnya disamping makanan tidak seimbang yang lain.

Penggemar papadom, Irlonna Nassitia Ibrahim, 24, berkata jika ‘stevia’ ditemui bagi menggantikan gula, mungkin terdapat bahan lain yang boleh dijadikan pengganti garam bagi memberikan rasa masin dalam makanan.

Katanya, walaupun hanya sebagai makanan sampingan atau bukan sesuatu yang wajib dimakan, namun keenakannya dalam menambat selera tidak perlu dipertikaikan.

Di pasaran kini banyak produk yang dihasilkan dengan menggunakan stevia sebagai pengganti gula, malah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengguna, dan sudah tentu ada bahan lain yang boleh menggantikan garam.

Misalnya ikan bilis juga boleh memberikan rasa masin dalam makanan tanpa perlu dicampur dengan garam dan ia boleh mencetuskan ilham jika mahu mencampurkan bahan itu ke dalam papadom,” katanya ketika ditemui di Georgetown, hari ini.

Sementara itu, peniaga restoran yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 43, pula berkata, mengharamkan papadom bukan satu langkah yang bijak tetapi menambah baik bahan dalam pembuatannya adalah jalan terbaik.

Katanya, permintaan papadom di restorannya adalah seperti biasa walaupun isu itu menjadi perbualan di premis terbabit.

Saya dapat tahu mengenai kajian papadom itu petang semalam selepas diberitahu pelanggan dan masih menjualnya seperti biasa.

Kami terima kajian berkenaan, namun tidak dapat menghalang orang ramai daripada membelinya kerana penjagaan kesihatan adalah pilihan dan kesedaran sendiri,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), menggesa orang ramai supaya mengurangkan pengambilan papadom dalam makanan berikutan kandungan garam yang tinggi.

Ujian makmal yang dijalankan CAP ke atas 11 sampel papadom mendapati kesemua sampel terbabit mengandungi lebih daripada 1,000 miligram (mg)/100 gram natrium yang mana empat daripadanya mengandungi lebih daripada 2,000 mg/100 gram natrium.

Kandungan garam yang tinggi boleh mempengaruhi kesihatan seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan serangan angin ahmar dan serangan jantung selain penyebab utama kematian dan keadaan hilang upaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 5:14 PM

Berita berkaitan

Jaga-jaga makan papadom [METROTV]

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa orang ramai supaya mengurangkan pengambilan papadom dalam makanan berikutan kandungan garam yang tinggi.

Walaupun ia dibuat menggunakan beberapa jenis tepung selain bahan penambah dan pengawet seperti bahan perisa dan pewarna tiruan, ia boleh memudaratkan kesihatan kerana kandungan garam serta pengawet lain yang tinggi di dalamnya.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, kandungan garam tinggi boleh mempengaruhi kesihatan seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan serangan angin ahmar dan serangan jantung selain penyebab utama kematian dan keadaan hilang upaya.

Beliau berkata, ujian makmal dijalankan CAP ke atas 11 sampel papadom mendapati semua sampel terbabit mengandungi lebih daripada 1,000 miligram (mg)/100 gram (g) natrium apabila empat daripadanya mengandungi lebih daripada 2,000 mg/100g natrium.

Sekeping papadom mempunyai berat kira-kira 13g, bayangkan jika lima keping papadom dimakan bersama setiap hidangan dan ia bermakna seseorang itu sudah mengambil kira-kira 1,300 mg natrium dalam satu hidangan.

Jika dikira kandungan papadom terkandung dalam makanan lain, seseorang itu mungkin sudah termakan lebih 2,000 mg natrium iaitu paras ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi pengambilan harian,” katanya dalam sidang media di Pejabat CAP di Georgetown, hari ini.

Papadom adalah kerepek rangup kerap dihidangkan bersama hidangan masyarakat India dan boleh didapati di restoran nasi kandar.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan purata orang dewasa di Malaysia memakan 7.15g garam sehari iaitu kadar yang melebihi paras ditetapkan WHO dan dianggarkan seorang dalam tiga orang dewasa mengalami masalah tekanan tinggi manakala seorang dalam lima orang dewasa mungkin sudah mengalami tekanan darah tinggi, namun masih belum dikesan.

Beliau berkata, kebanyakan surirumah di India lebih gemar menggoreng daripada memanggang, namun minyak dimakan bersama papadom boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti aterosklerosis dan lain-lain penyakit kardiovaskular.

Katanya, kajian menunjukkan apabila papadom dipanggang atau digoreng, acryamide yang berkemungkinan karsinogen dan bahan penyebab kanser akan terbentuk akibat kandungan garam alkalinya iaitu natrium benzoat.

Cara menghasilkan papadam amat membimbangkan kerana biasanya ia dihampar dan dijemur di tempat terbuka serta terdedah kepada bahan cemar udara selain jenis mikroorganisme yang akan menambah pencemarannya ketika dijemur bagi dikeringkan.

Justeru, CAP menggesa KKM supaya membatasi kandungan garam dalam papadom yang diedar di pasaran manakala pengguna pula perlu mengurangkan makan papadom,” katanya.

Saintis percaya garam boleh menaikkan tekanan darah kerana natriumnya menyerap air lalu menyebabkan bendungan atau retensi air yang mengembangkan darah di dalam arteri sebelum mengenakan tekanan ke atas dinding saluran darah sehingga menyebabkan tekanan darah tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Oktober 2018 @ 3:27 PM

Sumber : metroTV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*