‘Bang,saya tak terlibat’ – Kisah sayu jiran berbangsa India ketika insiden rshan kuil

Pagi ni nak keluar rumah, aku terserempak dengan jiran aku seorang lelaki berbangsa India. Ya, kami ada anak yang sebaya, jadi hubungan kami agak mesra. Isteri dia juga selalu menyapa Hannah setiap kali terserempak. Cuma pagi ni, suasana sedikit lain. Agak janggal. Aku nampak dia diam sewaktu keluar rumah. Jadi aku seraya menyapa dgn soalan2 biasa.

” Dave, dah lambat ni, jalan jem nanti. Hati2 driving tu…,” sapa aku cuba memecah keheningan pagi.

Dia senyum kelat. Dari raut wajah dia aku nampak. Aku tak nak berfikir maka terus memakai selipar. Tiba2 dave menghampiri aku.

Saya tak lalu pun situ

” Bang.. Sy xde terlibat dengan rusurhan di kuil belakang tu. Sy pun tak setuju diorg buat mcm tu. Sampai ada anggota bomba melayu yg ced3ra..,” ujar dave berdiri di belakang aku tanpa seurat senyuman diwajahnya.

Jujurnya aku terkejut. Sbb aku tak pernah terfikir utk libatkan isu itu dgn semua kaum india yg aku kenali.

” Eh bro.. Come on. Aku faham. Kita kawan kan? ,” ujar aku lantas memeluk dave.

Kuat jugak dia peluk aku. Ada juga kami saling bantu membantu. Hannah memandang situasi itu dgn wajah keliru. Kemudian isterinya keluar rumah dgn anaknya yg sebaya Hannah. Dan Hannah lantas salam isteri dave dan bergurau senda.

” Bro.. Kita kawan kan? Aku sangat hormati keluar kau. Isu di kuil tu, aku tak nak benda tu jejaskan hubungan kita sbg kawan dan jiran. Anak aku kena membesar, anak aku kena belajar menghormati kepelbagaian kaum. Dia akan sambung hubungan yg baik ni dgn semua org. Tak kira bangsa dan agama. Aku bukan patriotik sangat dave. Tp aku yakin dalam hati setiap org kebaikan lebih banyak drpd kejahatan. Yg merosakkan benda ni segelintir kecil pentaksub2 yg gagal memahami kepelbagaian kaum ni. Dan puncanya ialah media yg jadi batu api, dan ada individu yg inginkan keuntungan. Kau dan aku, kita xde pape. Kita kawan kan?,” ujar aku memeluk dan menepuk belakangnya lagi.

Kali ni aku nampak air mata isteri dia bertakung. Aku cuma hairan kenapa dia rasa benda ni serius sgt.

” Masa anak sy demam dan sawan aritu. Abang tanpa rasa pelik dtg masuk dan bantu sy. Sy dah takut. Itulah pertama kali org melayu islam masuk rumah saya. Sy betul2 rasa besar hati. Bila sy baca berita, sy jadi risau abang akan fikir sy ada kat kuil tu dan buat hal disitu. Tp sy x pergi pun bang. Sy x lalu pun situ..,” ujar dave lagi.

” Aku mintak maaf sbb buat ko rasa janggal. Tp serius aku ok. Isu ni bukan isu hindu dan islam. Bkn isu india dan melayu. Ini isu pentaksub dan media yg mencanang soal agama dan perkauman agar jadi panas. Dan pentaksub sahaja yg jadi ganas.. Kita kawan dave..,” ujar aku lagi.

Sampai bila isu nak selesai?

aku tak sangka. Rupanya kes kuil tu beri impak juga pd sebahagian org. Tak jauh pun kuil tu berdekatan rumah aku. Malam pertama kejadian tu memg kawan aku kena tahan sewaktu lalu situ jam 3 pagi. Ada org india tahan bukan nak pukul. Tp diorg bgtaw ada melayu masuk kuil jam 3 pagi ramai2.

aku pelik, dgn beberapa amaun ringgit malaysia melayu tu sanggup timbulkan ketegangan mcm tu. Ko tahu x? Kesan tu beri impak pd ramai org dlm masyarakat? Dan setiap org tu ada anak dan zuriat. Sampai bila isu ni nak selesai?

selepas media berjaya buat prop4ganda IC3RD. Skrg isu kuil pulak?

bukan polis lambat bertindak. tapi ahli parlimen yg lembab bertindak.

” Kamu dgn kepercayaan agama kamu, dan aku dgn kepercayaan agama aku ” ( surah al kafirun)

Dan agama Islam mengajarkan ukhwah utk dijaga bukan dipecahbelahkan. So arini aku kena peluk lebih ramai org india utk bgtaw diorg kita kawan.

Sumber : Intan Huzaifah Haniff via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*