15 tahun kahwin tiada anak. Suami minta izin berpoligami. Lps kahwin, ini nasib isteri.

si suami datang ke mahkamah untuk memohon kebenaran poligami.. reason? isteri xmampu bagi zuriat selepas 15 tahun perkahwinan.. mana la tidak hancur hati si isteri bila si suami beralasan sedemikian.. sedangkan selama ni doktor dah sahkan 2 2 tiada masalah kesihatan.. si isteri pernah memberi cadangan kepada si suami untuk mengambil anak angkat.. namun ditolak mentah2 oleh si suami.. siap berjanji bulan bintang bagai cukuplah si isteri ada dengannya dan dia tidak kisah soal anak dan tidak akan berpaling lain..

itulah orang cakap.. jangan di sangka panas sampai ke petang.. atas permohonan suami nak berpoligami itu, maka redha lah si isteri.. si suami siap berjanji akan adil dengan kedua-dua isteri.. siap berjanji kasih sayang kepada isteri pertama tidak akan pernah berkurangan..

si suami pun berkahwin dengan isteri baru.. yang lagi muda dari isteri pertama.. dan yakin isteri muda mampu berikan zuriat kepada dia.. ditatang isteri muda bagai minyak yang penuh.. isteri pertama sudah mula diabaikan.. banyak lebihkan isteri kedua..

takdir dan kuasa Allah tiada siapa pun mampu menolak.. baru beberapa bulan perkahwinan baru si suami dengan isteri kedua, isteri pertama disahkan mengandung terlebih dahulu sebelum isteri kedua..

tapi aneh.. si suami langsung tidak amik endah isteri pertama yang tengah mengandungkan zuriat dia.. sedangkan itulah zuriat yang ditunggu selama 15 tahun berkahwin..sedangkan itu la alasan terbesar si suami buat untuk berpoligami dahulu.. diabaikan isteri pertama yang tengah alahan teruk.. janji hanya tinggal janji..

kesudahannya, si suami ceraikan isteri pertama yang sarat mengandung itu tanpa ada lagi rasa kasih sayang dan belas ehsan.. tegarnya kau wahai lelaki..

Allah anugerahkan kepada si isteri seorang anak lelaki sebagai ganti si suami yang tidak berguna itu.. semoga anak ini akan menjadikan ibunya sebaik-baik wanita yang perlu dihargai..

tuan hakim selalu berpesan kepada lelaki2 yang datang untuk memohon kebenaran berpoligami:

“walaupun poligami itu suatu sunnah, tetapi tanggungjawabnya sangat besar dan berat.. jadikan poligami itu makin dekatkan diri kita kepada Allah.. bukan makin menjauhkan diri kita dan buat kita lalai.. di padang masyar nanti, akan ada satu golongan yang berjalan dengan tempang.. senget sebelah.. siapakah golongan itu? itulah lelaki yang berpoligami tetapi tidak adil dan tidak bertangunggjawab.. menganiaya isteri2 dan anak2”

Sumber: Wan Nurul Hani

 Perlukah Suami Minta Izin Isteri?

Saya telah lama hidup berpoligami. Tak usahlah saya buka cerita lama tersebut, sudah makan hati berulam jantung. Sehingga kini saya rasa tersinggung tetapi kerana saya memang sudah tidak ada tempat bergantung yang lain, saya terpaksa akur. Kawan saya kini mengalami perkara yang sama. Suami dia ingin berpoligami. Menurutnya, oleh sebab memang sudah ada undang-undang baru di Selangor, izin isteri adalah perlu dan wajib. Masa suami saya kahwin dulu dia tak ada pun minta izin saya. Betul ke ada undang-undang baru di Selangor yang suami kena minta izin isteri?

Suhaida Amin,
Kuala Lumpur.

Jawapan:

Terdapat dua ayat al-Quran yang membincangkan isu poligami. Surah Al-Nisa’, ayat 3 menyatakan:
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (Antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Kemudian dalam ayat 129 surah yang sama, Allah berfirman seterusnya;
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu, sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).”

Menurut dua ayat di atas, poligami lebih dilihat kepada satu tanggungjawab dan sekatan untuk memastikan keadilan terhadap balu dan anak-anak yatim. Tetapi poligami yang berlaku sekarang kebanyakannya adalah tidak menurut asas ini.

Mengikut perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami tetapi beliau haruslah memenuhi beberapa syarat. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya di negeri Perak, suami yang hendak berpoligami tidak perlu memohon kebenaran mahkamah. Tetapi lain halnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Di kedua-dua negeri ini, suami yang ingin berpoligami hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon untuk kebenaran berpoligami perlu mengikuti sesi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan berumah tangga. Beliau harus mengisi borang IB, iaitu borang permohonan berpoligami dan membuat Akuan Bersumpah dengan membawa dua orang saksi lelaki. Mahkamah Syariah akan memberi satu tarikh bagi membicarakan permohonan suami.

Ini menurut seksyen 23 Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003. Dalam mendapatkan kebenaran mahkamah, ada beberapa faktor yang akan dipertimbangkan. Menurut seksyen 23(4) faktor-faktor yang dipertimbangkan ini antaranya adalah mengapa poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami, tanggungannya, yang sedia ada dan yang akan ditanggungjawabkan dan sama ada izin atau pandangan isteri sedia ada telah diperoleh.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah Mahkamah Syariah akan juga mengambil kira perasaan isteri dalam perkahwinan poligami yang dirancang oleh suami. Ia bukanlah bermakna bahawa sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju, Mahkamah Syariah akan turut tidak bersetuju. Persetujuan isteri hanyalah salah satu perkara yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Mahkamah Syariah masih boleh memberi kebenaran bagi suami untuk berpoligami sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju ke atas permohonan poligami suami.

Salah satu seksyen (5) yang baru di dalam enakmen ini adalah Mahkamah Syariah hendaklah memanggil suami, isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana pihak yang mahkamah fikir patut untuk memberi keterangan tentang perkahwinan poligami ini.

Perkara ini membolehkan perkahwinan ini diketahui oleh semua pihak yang terbabit dan tidak berada di dalam keadaan rahsia. Ia dapat mengelakkan kes-kes di mana isteri sedia ada tidak mengetahui suami telah berkahwin lain, suami yang menipu mengenai status kahwinnya yang sebenar kepada bakal isteri, suami berbohong dalam borang permohonan kahwin dan ketidakadilan ke atas anak-anak kerana tidak mendapat nafkah secukupnya.

Adalah wajar bagi mahkamah untuk memanggil isteri sedia ada bagi memberi keterangan terhadap permohonan poligami suaminya. Ini kerana isteri sedia ada sudah bertahun-tahun bersama suaminya dan dia lebih arif terhadap prilaku suami daripada orang lain. Tentu sekali sekiranya suami adalah seorang yang suka mendera, menipu atau berbohong dia tidak layak untuk berpoligami.

Persoalan kemampuan suami untuk berlaku adil antara isteri-isteri adalah penting untuk ditentukan dan tiada siapa yang lebih layak memberi pandangan selain daripada isteri sedia ada. Suami yang mahu berpoligami haruslah tidak menganggu nafkah keluarga sedia ada.

Dalam kes Rajmah Lwn Abdul Wahab (1990) 7 JH 171, Jawatankuasa Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak permohonan poligami kerana suami telah gagal untuk membuktikan kemampuan kewangannya untuk berpoligami.
Sememangnya terdapat kes di mana suami tidak memberitahu isteri sedia ada mengenai permohonan poligaminya. Sekiranya suami berkahwin di luar negara maka dia hanya perlu mendaftarkan perkahwinan poligami tersebut.

Proses pengesahan adalah berlainan dari perbicaraan poligami dan isteri sedia ada tidak perlu dipanggil untuk hadir.
Juga sekiranya suami berkahwin di negeri lain dari tempat dia tinggal, contohnya sekiranya dia menetap di Selangor dan memohon untuk berkahwin di Perlis. Undang-undang Syariah di Malaysia adalah berdasarkan tempat dan bermakna keperluan syarat yang ada di Selangor adalah tidak terpakai di Perlis. Oleh itu, isteri sedia ada tidak perlu dipanggil.

Justeru adalah perlu bagi keseragaman undang-undang syariah di Malaysia, bersamaan dengan undang-undang sivil. Apalagi kita merupakan satu Negara dan oleh itu tidak perlu adanya berlainan undang-undang syariah di setiap negeri. ia juga memudahkan masyarakat Islam kita.

Panel Peguam Sisters In Islam.

1 Trackback / Pingback

  1. 15 tahun kahwin tiada anak. Suami minta izin berpoligami. Lps kahwin, ini nasib isteri. - Gen 2

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*