Cikgu suruh mohon restu,cium tangan ibubapa utk SPM,tapi pelajar ini hanya mampu………

Restu ibu bapa adalah penting untuk seorang anak mencapai kejayaan baik di dunia mahupun di akhirat. Namun bagaimana pula jika salah seorang ibu bapa kita telah tiada? Siapa yang akan mendoakan dan merestui kita?

Seperti itulah yang dialami oleh seorang gadis ini yang kehilangan insan yang paling rapat dengannya, iaitu Ayah. Gadis yang dikenali sebagai Nor Syahmila bakal menghadapi peperiksaan SPM, disebabkan kerinduan terhadap ayahnya yang telah pergi ke Ramatullah, dia telah mencoretkan luahan hatinya di Facebooknya.

Ikuti luahan gadis ini…

Ayah, mimi datang lawat ayah ni…

Assalamualaikum ayah…

Ayah mimie datang ni melawat ayah, mimie dah janjikan mimie nak datang harini. Mimie balik dari kelas mimie terus datang jumpa ayah. Ayah biar laa air hujan membasihi diri mimie , biarlah mimie kotorkan baju sekolah mimie dengan tanah kbr ayah janji mimie dapat luahkan segala perasaan yang ada dalam diri ini…

Ayah mimie rindukan ayah sangat sangat. Ayah dua hari lagi mimie akan duduki peperiksaan SPM. Debaran semakin terasa ayah. 14 hb November ni genap pemergian ayah selama 4 tahun.

Ayah, mimie rindu nak peluk cium tangan ayah. Mimie rindu masakan ayah, rindu senyuman ayah, rindu nak teman ayah pergi carik lauk dekat Econsave, umur mimie 12 tahun pon ayah masih lagi nak suap mimie makan, mimie rindu suapan ayah.

Terima kasih sebab jaga mimie dari kecik sehingga nafas terakhir ayah. Umur mimie 13 tahun ayah dah pergi tinggalkan mimie, adik- adik and mak.

Ayah, cikgu suruh mohon restu kat ayah, tapi mimi tak ada tempat nak pergi…

Tadi dekat sekolah ada majlis mohon restu ilmu untuk SPM. Ramai mak ayah dorang datang.

Penceramah tu kata, “Siapa yang mak ayah dia datang, tolong bangun pergi laa mintak maaf cium tangan mak ayah mintak restu dan ucap laa terima kasih.”

Kawan kawan mimie semua bangun pergi dekat mak ayah dia. Tapi ada berapa orang je yang tak bangun termasuk mimie. Mimie tak tahu nak peluk siapa, tak tahu nak cium tangan siapa, tak tahu nak ngadu dekat siapa, mimie nangis sorang diri.

Mimie tahu mak tak dapat datang sebab mak ada sebab sebab hal tertentu. Tapi takpe nie laa satu perjuangan untuk mimie teruskan kehidupan. Mimie janji mimie akan jaga mak and adik-adik. Mak tak pernah ajar mimie untuk bersedih tapi mak ngajar mimie untuk terus semangat disaat kesedihan.

Tak pernah sedetik pun Mimi lupakan Ayah…
Terima kasih ayah sebab selama nie jadi ayah yang terbaik untuk kami semua walaupon hanya sementara. I love you. Mimie tak pernah sedetik pon lupakan ayah. Doakan mimie supaya jawab exam SPM nanti dengan hati yang tenang ye ayah.

Semoga ayah tenang di alam sana. Al-Fatihah.

Sumber :Facebook Nor Norsyahmila

 

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk dikelilingi oleh para sahabat, datang seorang lelaki dari bani Salmah. Sebaik sahaja masuk ke majlis itu, dia bertanya kepada Baginda dengan penuh hormatnya:

“Ya Rasullah, masih bolehkah aku berbuat baik terhadap ibu bapaku yang telah mennggl dnia. Semasa mereka masih hidup aku telah berbuat baik terhadap mereka mengikut keupayaanku. Aku sentiasa berfikir apakah yang boleh aku lakukan setelah mereka sudah tiada.”

Lalu Rasulullah SAW menjawab;

“Ya, sudah tentu kau dapat lakukan sesuatu. Sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiat mereka dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapamu lakukan, serta muliakanlah teman kedua ibu bapamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam, tetapi di wajah mereka terbayang kegembiraan. Namun, lelaki yang bertanya tadi masih belum faham akan jawapan Rasulullah SAW, lantas dia meminta Baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda;

“Apabila mnnggl dnia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Hadis Riwayat Luqman Hakim

Seorang anak yang baik boleh melakukan pelbagai kebaikan lain untuk membantu ibu bapanya yang telah mnnggl dnia dengan ikhtiar dan usaha seperti;

#1- Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak prkbran, derma pakaian kepada rumah anak yatim.

Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah mnnggl dnia).

#2- Selesaikan Hutang-Hutang Mereka
Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran kereta dan lain-lain pinjaman.

Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwh, ni termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka hidup.

#3- Melakukan Amal Soleh
Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oelh Allh SWT, seperti maksiat dan tidak menutup aurat.

Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.

#4- Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan Sababat Baik Mereka
Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua yang sudah mnnggl dnial adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah bersabda;

“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”.

Hadis Riwayat Muslim

Ini kerana, menghormati mereka beerti kita menghormati kedua orang tua kita.

#5- Menziarahi Kbr Mereka
Berziarahlah ke kbr mereka sambil berdoa dan membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan menziarahi  juga membuatkan kita sentiasa mengingati kmtian yang semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.

Meskipun kedua orang tua kita sudah mnnggl dnia, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh.

Sayangilah ibu bapa kita semasa masih hidup atau sewaktu mereka telah mnnggl dnia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!

Sumber: tzkrh.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*